Friday, November 20, 2009

Aniq ohh aniq

Sejak beberapa minggu nie perangai baru.. tak mau pergi rumah pengasuh.. masuk je simpang rumah pengasuh dah terjerit-jerit.. "Aniq tak mau gie umah Mbak Kinah!! Aniq tak mau!!" Mbak Kinah nie pembantu pengasuh dia... entah kenapa pening kepala aku makin lama makin menjadi.. siap jadi patung tegak aje berdiri.. tak bergerak nak suruh jalan tak boleh.. aku nak dukung pun tak boleh... bila tiba depan pintu dah melalak2... tapi lepas tu ok aje.. pandai sungguh berlakon anak terunaku.. punca? entah la aku pun tak pasti punca dia tak mau gie rumah pengasuh pening kepala...
Tu time pagi.. time nak balik rumah plak.. tak nak balik rumah... bila tanya nak gie mana?? jawapan dia nak balik atok.. adoiiii la aniq.. rumah atok tu kat JB bape jam perjalanan.. kalau la rumah atok tu kat Putrajaya ari2 ibu anto balik sana... Ada 1 aritu tu aku dah malas nak layan karenah pagi nanges terjerit-jerit.. petang pun sama.. aku marah la dia .. bila dah marah tanya abis aniq nak balik mana??? "Aniq nak gie naik apal ebang" bila tanya naik kapal terbang?? nak wat pe?? "Nak ikut ayahuda" adoiii nak ikut bapak sedara kesayangan dia pulak.. pening.. pening... yang kelakarnya bila dah masuk rumah ok je main.. takde la melalak2.. sama je situasi masa gie rumah pengasuh...
Ujung minggu lepas.. anak buah aku yang UiTM cuti.. dah tak larat dengar nanges pagi2.. minta la anak buah aku si Deda jaga... ari senin..nak gie keja melalak2 gak.. rupanya.. terjawab sudah persoalan sebenarnya kenapa tak nak gie umah pengasuh n balik rumah... pagi tu sebab dia nak ikut aku gie kerja.. balik plak sakit ati pagi kena tinggalkan.. ngan harapan aku bawak la jalan2.. aduhaii aniq...dah la beberapa ari yang lepas aku gie kerja dah cam Combat.. tunggu dia leka terhendap2.. keluar rumah tunggu pyan depan rumah jiran sebelah.. nasib la aku tak kena pelakung.. orang ingat pencuri ke siapa abis terhendap2.. keluar rumah kan... ahahahha pyan plak kena tolak motor sampai tempat aku tunggu.. sebab.. kalau dia dengar moto dia melalak kan.. kena la aku laki bini jadi combat... eheheheh ini semua angkara aniq...
Ari plak masuk ari ke-2 aniq kat kg... iye aniq kat kg... balik ngan sepupunya... nanges ajak sepupu dia balik umah atok... aduhai.. boleh siap pesan ngan aku nie "Ibu tinggal rumah yea.. aniq balik umah atok" Uwaaaa ada ke patut.. aku budget masa nak naik keta tu dia melalak la kan sebab aku tak ikut sama.. sekali telahan aku meleset sama sekali.. dia rileks aje.. aku nak cium pun tak bagi.. dah la sebelum tu tak mau pakai baju ngan aku nak sepupu dia gak pakai kan baju... ada ka patut..sadis2... terasa sunyi rumah 2 arini tanpa dia.. camna nie lama lagi nak tunggu raya haji ari jumaat nie.. sebab aku akan balik JB khamis malam.. uwaaaaaa aniq.. aniq....
(apa lah anak rileks ibu plak yang lebih.. sob.. sob.. sob)

Tuesday, November 17, 2009

Cuba Teka Apa Yang Pelik...

Tadi aku dapat 1 gambar nie... member tunjuk.. dia suh cari apa yang tak kena ngan gambar nie...
Cuba korang tengok sendiri ada ke patut??
Eheheh camno tu nak salahkan siapa.. menurut member aku nie yang tukang pasang adalah orang Bangladesh... emm kalau gini jadi kat kita nak salahkan siapa yea?? tukang pasang atau tokey??? ahahahhahahahh adoiiii tak dapat dibayangkan camna nak control.. kalau dah bendanya diatas sana....

Tuesday, October 27, 2009

Bersawang....

Huhhh dah bersawang blog aku nie penat nak membersihkan... aha sejak2 naik cuti raya ni ke'bz'an melanda nak meng'update' blog pun tak sempat + dengan penyakit M**** datang menjelma... ehehehheh
Sekejap aje dah nak sampai ujung taun... minggu depan dah masuk bulan November.. projek bulan November terpaksa dicancel atas sebab2 tidak dapat dielakkan.. uhuuhuhuhu sadis gak tapi apa nak buat.... projek apa?? eheheh biarlah menjadi resia... eehehehe kalau dibuka resia makin pedih dijiwa.. ahahahha mula dah.. mula dah....
Aniq apa citer?? emm alhamduillah sihat dah.. aritu dia selsema n batuk.. bila selsema dah seminggu dan mula batuk mula la angin seriau aku datang terus bawak gie An-Nur... refer Dr. Ar.. alhamduillah takde pape lung clear... Dr. Ar bekalkan antibiotik.. in case demam makin tinggi.. sebab masa datang check tu ada demam sket mula la aku berat ati nak keja.. ahahahha risau woo kalau ngah tak teruk nie la aku kalau boleh nak pantau.. jangan sampai admit.. alhamduillah kurang tapi tak ilang2.. last2 ujung minggu tu abang Uda aku datang kebetulan plak batuk dia menjadi-jadi.. ahahahah saje la tu depan bapak sedara kesayangan dia... emm abang Uda aku suh balik kepada ubat Dr. Vernon.. apa lagik bila citer ngan mak aku kena la aku sebijik kenapa dulu tak belajo betul2 jadi doktor.. pandai2 tukar ubat ahahahha kan dah kena sebijik.. bukan sengaja tukar ubat sebab last dia kena selsema(on Julai) kena ubat Dr. Ar bagi ok.. jadi aku ingat ok la rupanya kali nie kena plak guna ubat Dr. Vernon.. alhamduillah dengan izinnya gak dia ok... ehehheh ujung minggu lepas aku balik JB bila mak aku tengok aniq dah ok kena lagik ayat kenapa tak belajo betul2 jadi doktor... ahahahha mak aku biasa la kan.. kalau tiba bab cucu kesayangan dia nie memang kena la aku.. ahahha aku dikategori mak jahat nie... sebab marah cucu dia yang baik ati itu.. ahahhaha
Budak itu semakin banyak akal.. semakin manja... aduhhh kekadang bikin pening kepala ngan ayat2 dia... semalam la tah datang angin apa pelbagai karenah dan kebolehan dia tunjuk sampai aku asik gelak aje... bermula ngan dia berlakon kaki sakit.. siap seret2.. kaki cam betul2 sakit la.. bila aku tanya kenapa dia lari..sambil gelak2.. cess berlakon lebih.... pastu minta tukar channel... bila aku saje2 kata emm arinie ari apa yea.. dia boleh tolong jawab "Ari Raya!!" cess ampes punya anak.. ajak aku baring2.. tah apa mimpi alih2 datang cium t***k banyak2 kali aku adoiyaaaa bahaya aniq woooo pastu siap ejek aku nie... "Ibu takde bird!!! aniq ada" ahahahhahaha "Aku jawab iyelah ibu takde!!!" ahahahhahaha siap gelak nie sebab aku ngaku kalah..
Pastu ngah tengok iklan Anmum tetiba dia jawab "Segi tiga!!" ahahahah aku gelak.. lor budak nie kenal plak.. semalam aku tunjuk dia sekali dua aje kat katalog cosway aku.. sekali dia ingat la plak.. aniq nie satu yang aku nampak dia bukan boleh kita suh dia aniq... meh sini duduk ibu ajo.. dia kena secara spontan.. tu yg payah camne la nanti bila dah sekolah.. mudah2an ok la
Sekarang dah pandai merajuk siap muncung2 nie aduhai.. kalau merajuk kelakar... pastu kita pun boleh merajuk dah.. nanti dia datang pujuk.. aku suka guna taktik merajuk dia... ahahhaahahahhaha ibu curik taktik aniq.... dengan budak2 bawah dia or baby dah boleh la takde la cam dulu nak dipukul.. nak dikorek mata la.. kali nie balik JB ngan aliya okeh tak dibulinya.. tapi 1 je la pantang dia.. kalau dia buat apa2 jangan dikacau... otomen menganas... ehehhe dah nampak ada sabarnya... walaupun kekadang kurang sabar...
Dah besar anak ibu nie kan.. ehehehhehe

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Syawal bakal menjelma...
Dikesempatan ini.. daku ingin mengucapkan....
Selamat Hari Raya Aidilfitri....
Maaf diatas segala salah dan silap....
Terumpat.. terkata...
Jangan disimpan didalam hati...
Halalkan makan & minum...

Kalau sudi jom la beraya kerumah.....

Wednesday, September 9, 2009

Emo....

Tetiba ingin menaip sesuatu.. entah kenapa lagu yang aku sedang dengar ini pasti mengingatkan aku pada Amir Yusof.. arwah adik Amir Yusof... ya aku tak pernah mengenalinya.. dia hanya seorang saudara sesama islam.. aku hanya mengenali dia dari coretan dan luahan ati seorang ayah...

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Kenapa lagu ini.. sebab lagu inilah yang diletakkan oleh seorang rakan ayah Amir Yusof didalam galeri semasa pengkebumian dia... kenapa tangan ini ingin menaip... kerana baru saja aku menjengah blog ... membaca luahan ati bertapa rindunya mereka sekeluarga ngan Amir Yusof.. dapatku bayangkan.. betapa sakitnya rindu itu... (argghhh aku plak yg nak meleleh air mata...) berbulan aku mengikuti kisahnya.. setiap ari pasti aku akan menanti coretan hati seorang ayah tentang anaknya... dan entah kenapa.. disaat aku terleka seketika... dan apabila daku jenguk kembali blog... tidak ku duga berita sedih yang dicoretkan tentang pemergiannya...aku khabarkan berita tu pada pyan ngan linangan air mata... entah kenapa begitu aku tersentuh... dan setiap kali itulah aku akan terkenangan anak kecil tu setiap kali mendengar lagu ini... walaupun dia diambil oleh NYA... yang pasti dia sudah bahagia tanpa perlu menjalani apa2 rawatan lagi.. tanpa perlu berselirat ngan wayar2 dan mesin... aman damai disana...... syurga menanti anak kecil itu.. Semoga roh anak ini dicucuri rahmat olehNYA.... amin....

sowi.. catatan emo arinie...

Monday, August 24, 2009

Ramadhan Datang Lagi...


Ramadhan datang lagi....
Selamat Menjalani Ibadah Di Sepanjang Bulan Ramadhan...
Teringat kembali ramadhan 3 taun lepas... aniq dah ada ... cuma aku yang tak sedar... cepat masa berlalu... aniq pun dah semakin besar... tambah lagi?? insyaAllah kalau ada rezeki adik aniq bakal menyusul.. bila??.. tungggu!!!!.....

Friday, August 7, 2009

Legaaaa

Akhirnya.. lega sket bebanan keja yang menghantuiku.... sampai dihantui keja tu teruk betul... ehehe nie aku dapat dari member untuk panduan rakan2ku yang bergelar ibu atau bapa...

Tajuks.. Positif Marah..

PENGALAMAN memarahi orang lain mungkin membuatkan ramai berpendapat rasa marah adalah satu perkara buruk. Menengking anak-anak semata-mata untuk mendapatkan kerjasama mereka tidak selalu meninggalkan rasa positif kepada diri ibu bapa. Malah, menyaksikan pergaduhan anak ketika mereka melenting juga tidak mendatangkan sebarang perasaan yang menggembirakan.

Namun, mungkin tidak ramai yang sedar bahawa kemarahan itu ada tujuannya dalam kehidupan kita. Ia datang dengan hikmah mengajar manusia seperkara dua tentang cara memperoleh hubungan yang lebih sihat dan bahagia.

Berikut adalah lima kaedah bagaimana kemarahan sebenarnya boleh menjadi satu perkara yang baik:

1. Kemarahan sebagai pelindung

Apabila anak berada dalam situasi merbahaya atau mencemaskan, minda anda secara automatik akan mencetuskan satu rangkaian reaksi yang boleh menaikkan kemarahan.

Maka, anda tidak mempunyai masa untuk berhenti dan memikirkan tindakan berikutnya. Kemarahan sebenarnya memintas fikiran bagi membolehkan manusia terus bertindak serta-merta. Ini sekali gus merupakan kaedah alam atau natural untuk melindungi keluarga daripada sebarang kecederaan.

2. Kemarahan sebagai petanda

Tujuan kemarahan itu wujud adalah untuk menghapuskan masalah-masalah dalam kehidupan, bukannya perhubungan. Apabila sesuatu memerlukan perubahan dramatik, kemarahan tidak hanya memberitahu anda apa yang perlu diketahui, malah, ia memberi anda kuasa untuk melakukan sesuatu.

Misalnya, apabila doktor anak tidak mendengar keluhan anda, maka, menjadi marah mungkin boleh 'merancakkan' suasana dan mencari punca masalah agar ia boleh diselesaikan.

3. Kemarahan mengawal

Anak anda membiarkan semua barangan permainannya berselerak di serata rumah lagi! Terlalu penat untuk menengking perlakuan anak itu untuk mendapatkan kerjasamanya, kemarahan mungkin membantu. Perasaan marah boleh memberitahu bahawa anda mempunyai harapan terlalu tinggi atau peraturan yang ditetapkan tidak cukup jelas.

Gunakan tenaga daripada kemarahan anda untuk berkomunikasi tentang peraturan tersebut. Disusuli dengan disiplin yang konsisten serta berpatutan, seiring dengan usia anak.

4. Kemarahan sebagai suara

Apa yang kita katakan kepada diri biasanya akan menjejaskan tahap emosi. Jika kita memberitahu diri sebagai ibu bapa yang teruk, maka, teruklah jadinya. Sebaliknya, jika kita berkata kepada diri agar melakukan yang terbaik dalam apa juga situasi, maka, kita akan bertindak tanpa rasa terlalu tertekan.

Belajarlah mendengar 'suara kecil' dan cuba mencabar sebahagian persepsi salah yang telah anda terapkan untuk diri dan si anak. Mintalah pandangan jujur daripada rakan-rakan. Jika apa yang anda katakan tentang diri itu benar, maka, gunakan maklumat ini untuk membuat perubahan dalam hubungan anda dan anak.

5. Kemarahan sebagai pengajaran

Gaya pengurusan kemarahan biasanya diwarisi daripada ibu bapa. Andainya ibu anda merupakan seorang yang suka menengking atau menjerit, maka besar kemungkinan, anda akan mengikut jejaknya. Biarpun setelah anda bersumpah tidak akan bersikap sepertinya.

Buangkan idea bahawa kemarahan itu satu perasaan yang buruk. Kemarahan ialah satu proses natural dan tidak dapat dielakkan. Tetapi, pastikan anda faham emosi ini boleh dikawal. Buktinya, menerusi sedikit latihan.

Berikan diri anda masa untuk mencari kaedah berdepan dengan cabaran mendidik anak, sama ada melalui bacaan buku ataupun menghadiri kelas mengurus kemarahan.