.

Daisypath Anniversary tickers

Picture

Monday, November 27, 2017

Kehilangan lagi...

Aku diuji lagi.. kehilangan ke-3 buat tahun ni.. Swiper yang paling manja yang selalu minta dukung masa balik kerja atau tengah buat kerja dan peneman aku setiap kali aku masak... sebulan yang lepas berat dia turun sebabkan dia suka berdukung boleh rasa perbezaan berat badan dia.. bawak vet gie check doc kata mungkin faktor usia sebab swiper dia berumur, doc minta tukar makanan untuk kucing berusia.. dia tak suka dan aku bagi dia makan wet food kesukaan tapi tak selalu la.. kalau dapat wet food laju dia makan kekadang abis setin. 23 November(Khamis) tiba-tiba dia kena selsema teruk.. dia memang la ada resdung tapi on off.. tapi ni meleleh yang teruk masa aku nak pergi kerja, petang balik kerja terus aku bawa dia ke klinik.. doc bagi ubat untuk selsema.. 24 November(Jumaat), sebelum pergi kerja nampak dia ok sikit.. balik kerja jumaat tu dia dah tercirit.. aku bawak dia ke klinik risau sebab ubat dan antibiotik tu buat dia cirit.. doc check dan tukar ubat baru.. 25 November bangun pagi tengok dia dah terbaring je, terbaring atas najis sendiri pulak tu hati rasa tak sedap.. aku mandikan dia.. bersihkan dia sebab najis dia busuk sangat... dan kul 10 siap-siap bawak dia ke vet kat Shah Alam.. tiba sana doc minta buat blood test dan doc kata mungkin kidney problem sebab bacaaan urea dia tinggi dan creatinine tidak boleh baca samada terlalu low atau terlalu tinggi.. doc wardedkan swiper sebab dia pun dah kurang air.. esoknya 26 November 2017, aku dapat panggilan dari klinik doc kata swiper dah takde.. menangis sakan aku kat meja makan.. cepat betul dia sakit dan tinggalkan aku... dia la kucing paling manja kat rumah.. kehilangan dia amat2 aku terasa...


Bye swiper kamu tak sakit lagi... asalnya pyan nak tanam kat tempat lain.. aku berkeras nak pyan tanam depan rumah kalau jiran nak marah pasal rumput dia tu marah la aku tak kisah.. huhuhuh

Bekalan makanan swiper aku baru je topup bekalan.. makanan kegemaran dia...

No comments: