.

Daisypath Anniversary tickers

Picture

Tuesday, March 22, 2011

...

ada manusia tersenyum bangga dengan coretan-coretannya.. kononnya mengajar manusia yang kurang cerdik.. menunjukkan kepada manusia lain dia lebih cerdik dan berguna...
tetapi adakah dia sedar sebenarnya coretannya itu sebenarnya menyerlahkan kekurangan dirinya sendiri??menyerlahkan kurang cerdik dirinya sendiri??

ada manusia terlalu menjaga haknya... pelbagai dilakukan agar haknya terpelihara
tetapi adakah dia menjaga & menghormati hak orang lain?? hak orang dinafi.. diabai.. kalau boleh dipinggir...

ada manusia minta dihormati... tetapi adakah dia sedar.. dia tidak menghormati??

huhhh tetiba je post camtu... mesti la ada sebabnya kan... apapun peace.....

ehh lupa nak ucap terima kasih pada Salleh... haa Salleh.. khas entry tuk ko nie... terima kasih kerana susah payah cari aku semata-mata nak inform kemenangan ko tu.. huhh terharu bro... tq gak ngaku jumpa aku dan dapat maklumat aku dari mana... tak la cam ada orang yang skodeng blog aku.. bila tanya dapat tau maklumat yang dia perolehi dari mana cuba kalis.. bila dah kena ayat baikkkk..bila dah gabra tuduh aku yang suka bercerita dan dedahkan dalam blog sendiri.. eheheheh kelakar pun iya.. tapi nak buat camne.. kalau dah gitu perangainya..

aku tak kisah nak skodeng ke nak baca ke blog aku nie(ehh ada ke yang nak skodeng n baca?? toceh.. toceh kalau ada) tapi gentle la.. eheheh tak sangka yea ada gak yang nak skodeng sembunyi2 yea.. kawan-kawan aku yang skodeng aku takdehal…tapi ada orang skodeng dan menyiasat pasal aku… eheheh haaaa anda tertangkap!!….

Aku tau blog nie boleh diakses oleh semua orang (eheheh dah namanya blog kan mesti la online.. dan diakses semua orang apa daa) kalau aku tak nak orang baca dan tahu perkembangan aku.. dah lama aku privatekan blog aku nie.. untuk bacaan dan rujukan aku sendiri(pastu syok sendiri :D).. atau nak kongsi pun mungkin pada kawan-kawan tertentu aje... tapi dah memang dari dulu aku open kepada semua orang... sebab pada aku takde pape maklumat yang sulit aku letakkan kat sini... rasanya semuanya secara umum.. apa salahnya aku kongsi ngan kawan-kawan yang secara kebetulan jumpa blog nie...

Sebelum tu nak tanya la… blog aku nie korang jumpa camne yea?? Tetiba muncul di browser korang ke?(alasan kelakar + tak munasabah) Kawan bagi ke?? dari blog anak aku???Link dari blog kawan?? atau korang search nama aku… kalau search salah satu caranya confirmlah search kat pakcik google kan?? atau ehhh nak cari orang lain nama Faridah Laili la tapi jumpa blog aku…kalau korang bukan kenal aku dan tau aku confirmla korang takkan baca blog ni kan?? Kalau korang tau siapa empuya blog nie.. confirm korang akan kata.. ehh dia nie la.. kawan aku.. atau ehh aku kenal la dia nie... dia nie emak si budak bajak... emm baca la apa yang ada kat blog dia nie... kenapa korang baca sebab nak tau pasal aku kan?? tapi pandai buat ayat tak kuasa nak menyiasat dan nak amik tahu pasal keluarga awak (merujuk kepada orang skodeng blog aku).. kelakar betul ayat tu..

Kepada kawan-kawan atau sesiapa yang skodeng blog aku nie secara rasmi atau tidak.. kalau rasmi mestilah jadi follower... link dari blog.. aku hargai dan berterima kasih, tapi jangan pulak ada yang baling batu sembunyi tangan.. ngaku takde salahnya.. bukan aku akan dakwa ke mahkamah atau marah.. jadi aku tau sumber tu dari mana dan boleh la aku kata itu sahih ke tidak... eheehhehe

wokeh peace no war... cukup kot aku membebel... kalau ada yang terasa dengan ayat aku nie maaf dipinta.... aku bukan cari gaduh atau berlagak pandai.. cuma.. cuba la profesional sket.. dan jadi gentleman ke gentlewoman ke... atau ayat ganas sket.. berani baca berani ngaku la... daaaaa...

p/s: maaf entry kebelakangan nie agak emosi.. angkara kekeringan idea.. ke'bz'an tugas dan macam-macam perkara lagi... citer abang bajak ngan rumah bajak?? huhhhh banyak sungguh... cuma tak tertaip je.. nanti bila berkelapangan aku update...

2 comments:

Norul Azwa Bt. Hassan said...

hahaha saya bukan penceroboh ini blog... saya dpt link neh kat budak bajak tu... huhuhu...rindu sama budak bajak dan cerita2 nyer... kasi update laa ibu bajak :)

Iela Fazielah said...

hi.. ila dpt link dr blog farra ...