.

Daisypath Anniversary tickers

Picture

Monday, March 11, 2013

Sawang..

Mujur tak bersawang teruk blog.. ahahha ialah lama tak update.. bulan februari. bulan diuji dengan ujian kesihatan.. bermula dengan abang aniq demam, aqmar demam.. pastu aku pun demam gak.. selang seminggu lepas tu aku demam lagi.. demam gigil.. mujur demam biasa.. bukan demam yang serius.. tapi 1 hari juga aku tak boleh bangun angkat kepala angkara sakit kepala teruk...esoknya walaupun mc masih buat kerja dari rumah sebab ada benda yang kena hantar segera.. lepas buat kerja kepala mula buat hal lagi.. kesimpulannya bawak-bawak la berehat bila doc dah bagi MC 2 hari.. ahahahahaha camne nak berehat bila ada yang urgent...apapun alhamduillah lepas tu dah ok.. bila masuk opis dari mc 2 ari ahahhaha walau dah buat kerja tapi tetap tak menang tangan sampai makan tengahari pun lupa.. Tulah rutin kerja ada masa pasang ada masa surut.. bila pasang rasa nak lemas.. tapi tenangkan hati.. pikir positif insyaAllah semua berjalan lancar.. mujur pyan banyak menolong bila badan dah letih balik rumah rasa nak landing je buat apa pun tak boleh... tulah orang kata bezanya berkerja menggunakan fizikal & minda.. kalau fizikal.. berehat selepas tu ok kalau minda ni.. letih dia bukan main.. amik masa untuk pulih.. bila dah penat macam nie perkara kecil pun nak jadi emo.. ahahah
Kes abang aniq la.. ari-ari ada je laporan.. iyalah budak lelaki kan macam-macam hal.. bergaduh..bergurau over.. kalau siapa yang ada anak lelaki mesti faham.. karenah-karenah yang kena kita hadapi.. apa yang termampu aku akan cuba nasihat.. kalau bergaduh aku akan siasat puncanya siapa? cuba untuk tidak menuding jari pada anak orang lain.. kalau sah terbukti anak orang lain puncanya.. aku akan nasihat suruh dia bersabar dan elakkan.. sebab aku paham & kenal benar kesabaran anak lelaki aku sorang nie.. pantang diusik.. pantang diejek & pantang dicabar.. huhuhu cebaran wei... ayat kena logik dan disusuli ngan alasan yang kukuh.. biasanya tugas nie diberikan pada pyan.. sebab dia ada jawaban, alasan dan contoh diberi hingga aniq terima 100%. Memandangkan sekarang pergi dan balik sekolah 100% ngan aku, sekarang cabaran tu atas bahu aku, silap cakap abislah..silap contoh atau nasihat abis la..sepanjang perjalanan tulah masa untuk mendengar dia bercerita apa yang berlaku disekolah.. sekolah pra.. sekolah kafa.. biasanya yang banyak kes sekolah kafa la.. al maklum dia bercampur dengan budak-budak 7-9 tahun.. apa yang elok diberikan pujian.. apa yang kurang elok perlu diberi teguran & nasihat.
Bila bebanan & tekanan kerja yang agak mencabar kekadang tu emo mula la tak stabil.. ada masa mula la tertinggi suara.. anak bujang aku nie dah la sensitip dalam hati ada taman, mula la sentap dan menitis air mata..Ada 1 ari tu bukan anak je nangis.. ngan mak sekali nangis.. iyalah masa tu tekanan kerja sekali dengar  orang mengadu perihal anak.. bila tanya dia.. dia ngaku.. lepas tu orang plak berulang-ulang mengadu menjadikan emo tak stabil.. akhirnya menitiskan air mata.. huhuhu tapi tulah cabaran baru yang kena aku tempuh apa yang penting positif!
Adik plak alhamduillah semakin sihat.. semakin lasak.. dah jalan jatuh.. kalau nak bandingkan ngan abang adik awal... abang mula jalan jatuh masa 2 minggu sebelum 1 tahun.. betullah kata orang biasanya anak kedua nie cepat sebab dia dah ada kawan.. dari segi makan plak.. alhamduillah setakat nie adik tak memilih sangat bab makan.. tapi ada jugak yang dia tak suka... berbanding abang... adik makan brokoli.. abang sampai sekarang tak makan.. apapun walau berapa ramai pun anak, masing-masing punya karenah, salera & perkembangan mereka sendiri.. dan aku bersyukur kerana diberi peluang melihat karenah & perkembangan mereka....


4 comments:

Anil said...

bersihkan sawang2 ni...jgn biar berhabuk lama2.. kikikii

Rozita Ceritaita said...

kejap je adik dah besar... bagus anak ko nak bercerita apa jadi kat sekolah.. anak aku.. haram..

mamapp said...

anak aku pn tanak citer hal sekolah gak ita...

idah.. rinda laa dgn ko.. bilalah aku nk bagi adik kt syafi nii

Aqeef Aniq said...

Mas: wah wah wahh mentang2 dah selalu update.. sekarang bz sket la..

Ita: A'a kejap je rasa baru je cuti bersalinkan dia.. bulan depan dah setaun.. Aniq kan mulut becok.. eheh tu yang senang nak suruh bercerita.. tapi memang awal masa duduk rumah pengasuh dulu pun tanya buat apa n apa berlaku...

Adda: aku pun rindu bila la nak jumpa kan?? nama je sama-sama kl.. eheheh