Sekejap aje masa berlalu Aqmar Amaneena dah setaun jumaat lepas.. rasa cam baru je aku dalam pantang bersalinkan dia.. huhuh sedar2 ehh dah setahun.. Alhamduillah adik dah pandai jalan.. dah mula berlari.. dah bercakap bahasa jerman.. tapi ada la juga jelas dan boleh kita faham.. cam yayah.. tatuh(jatuh).. mamam (makan) .. dah.. nanak.. cat.. tatut(kasut).. tal(bantal).. bam(baring).. adik gak dah pandai merajuk.. aritu dia nak suruh aku dukung.. aku cakap ngan dia sekejap ibu amik barang.. bila aku patah balik dia merajuk sembam muka kat bantal.. bila panggil diam je.. usik2 pun dia diam n goyang-goyang bontot je.. ahahah merajuk rupanya.. dan sekarang dah mula memanjat.. kalau ada je peluang mula la memanjat ... nie yang risau, risau terjatuh... dah mula berminat dengan patung dan apa-apa mainan sebelum nie dia tak minat.. sekarang nie paling dia suka patung kucing yang abang uda aku berikan pada dia.. kalau dapat memang la dipeluk dicium dan macam-macam la dia buat...
bayangkan kalau patung nie kucing sebenar agaknya apa dah jadi kat aqmar yea.. huuhu adik.. adik...
Selamat Hari Lahir Nur Aqmar Amaneena.. Semoga jadi anak yang solehah.. berjaya dunia & akhirat...
Buat pertama kali aku buat sendiri cake arijadi anak.. huhhu walaupun entah apa rasa dan rupa tapi puas dengan hasil air tangan sendiri untuk cupcakes anak.. huhuhu lepas nie entah bila nak buat lagi... Kami sambut empat beranak je dalam rumah... nanti kot buat majlis untuk adik sekalikan ngan abang aniq.. atau buat masa majlis Achap nanti huhuhuhuhuh tumpang sekaki majlis orang.. mama mesti setuju kan??..
Muka adik kat gambar atas tu kan buat ibu geram nak gigit2 dan cium sampai menjerit2.. ehehhehehe
2 comments:
hepi 1st bday....comelnyer.. sebijik rupa abg dia.... muka pa&ma dia mmg jauh sgt....
alhamdulillah.. dah genap setahun.. hepi birthday adik...yey ibu dah pandai buat kek..
Post a Comment