.

Daisypath Anniversary tickers

Picture

Wednesday, March 26, 2014

Malang Tak Berbau....

Huhuhuu dari tajuk je dah tau mesti ada sesuatu yang terjadi... Isnin baru nie, Amaneena tetiba muntah-muntah dan badan pun suam sejak Ahad.. jadi ari Isnin tu pun aku EL la.. ahahahha rekod taun nie baru bulan 3 cuti dah abis 12, ari Jumaat nie nak cuti lagi bawak abang balik kampung sebab ujung minggu lepas sapatutnya balik muo pass Abang Aniq kat Chik, Abang nak duduk seminggu kat JB sekali Chik tak jadi balik.. untuk mengubat kekecewaan Abang aku pun plan amik cuti bagi lama sket kat JB...
Berbalik kepada tajuk malang tak berbau.. ari Isnin tu cuti sambil jaga Amaneena tengok dia dah ok  datang le idea nak mandikan budak bulu berdua tu.. dah lama tak mandi,  Benny ada la 2 minggu lepas.. si Ticco dah sebulan lebih tak mandi.. plannya nak mandikan Ticco je... sekali tengok ada masa lagi cuaca pun ok mandikan budak mokmok Benny.. dah biasa mandi kat sink tetiba aritu kaki belakang dia tersangkut kat lubang sink berdarah punya la banyak sampai cuak aku,  call pyan nak ngadu...nak gie vet yang biasa pegi tutup.. pastu dah petang sket nampak kurang dah darahnya.. tapi tau la kalau dah darah kat kaki satu rumah aku kena mengelap semua ada cop kaki darah.. bila dah malam, darah masih ada whatsapp Misi Gojes a.k.a Rizal, dia minta pantau dan kalau boleh balut,  dia suh balut nak kurangkan pendarahan... bila tengok ingat kuku dia yang kena rupanya kacang(paw) dia yang terbelah siannya... terus rasa bersalah sebab aku yang mandikan dia.. huhuhuhuh
 Inilah rupa kacang yang terbelah sian woo tengok muka pun muka kesian... maapkan Ibu yea Benny...
Bila dah Misi Gojes kata balut apa lagi aku ngan Pyan cuba la membalut kaki budak mokmok nie... akhirnya berjaya.. comel je kan kaki nya...lepas je siap.. aku lepaskan dia... dengan tiga kali menendang-nendangkan kaki... ahahhahaha

cantik gak yang tinggal kan.. punya gelak kami tengok.. bila cite ngan Misi Gojes beserta gambar apa lagi gelak guling-guling la member...

Esoknya waktu rehat aku balik rumah kejap tengok masih banyak tanda darah.. terus angkut ke klinik.. tiba Vet,  Doc kata kena cucuk ubat sebab dah bengkak.. dan kena trim sket... emm bila tiba klinik biasa la budak nie.. berubah karekter menjadi budak paling garang dan makan orang.. abis Doc Wafi ngan Misi Mok digigitnya.. berdarah-darah.. jadi kesimpulannya proses trim dan jait kena sedatif tak boleh bius kaki je.. sebab makan orang... ahahhaha Benny nie memang tak boleh pergi ke Vet.. karekter dia akan berubah serta merta.. padahal kat rumah dia manja je... alhamdullah dah ok selepas warded sehari pastu kena cagekan dia beberapa hari, disebabkan aku nak balik kampung tak boleh nak tinggalkan kat rumah.. aku sambung boarding kat tempat rizal, dibawah pengawasan Doc Wafi.. takde la aku risau sangat.. Si Swiper pun aku antar boarding sebab dia tak sihat lagi.. bermula selsema pekat pastu dah cair sket pasti sneezing lak.. duduk la kome berdua kat Vet yea Ibu nak balik kampung dengan aman...Citer pasal Swiper ni kemudian.. dah sebulan aku jaga budak nie... semua gara-gara Abang Aniq...tapi bukan dia sorang je tetiba sayu hati tengok keadaan dia...

No comments: