.

Daisypath Anniversary tickers

Picture

Monday, June 30, 2014

Selamat Berpuasa...

Alhamduillah berjumpa dengan bulan ramdhan sekali lagi.. semoga semuanya yang terbaik buat kami sekeluarga... Bulan ni bulan penuh cabaran & dugaan..
Bermula hujung bulan lepas sampai minggu ke-2 aku outstation.. awal bulan ni masa aku nak ke Sabah & Sarawak seminggu, diduga dengan Pyan demam teruk, lepas tu Aniq.. lepas tu masa aku kat kat Sabah Amaneena demam  panas pukul 3 pagi, alhamduillah Allah melindungi anak-anak.. Pyan tersedar dan bagi ubat..
18 aribulan awal pagi masa aku ngan Pyan ngan siapkan cupcakes Aniq dan goodies bag untuk dibawa ke sekolah, dapat panggilan mak dimasukkan ke hospital, kali ni kandungan gula terlalu rendah sampai mak tak sedar.. along call ambulan alhamduillah 3 ari lepas tu baru bacaan dia stabil.. dalam masa yang sama abang uda aku pun dimasukkan ke hospital, 18 aribulan tu lepas amik keputusan periksa abang aniq.. aku pergi jenguk abang uda dulu kat hospital gleaneagle, lepas tu pukul  1 petang balik ke JB jenguk mak pulak.. plannya tengah malam nak balik ke KL.. lepas tengok keadaan mak yang lemah.. aku tinggal kat JB ngan Amaneena jaga mak.. Pyan ngan abang Aniq balik KL, ponteng abang esoknya sebab Pyan tak larat nak balik tengah malam balik selepas Subuh.
Semoga kedatangan Ramadhan kali nie memberikan kami kesihatan yang baik dan dapat menjalankan ibadah dengan sempurna
Selamat menyambut ramadhan... Semoga kita memperoleh keberkatan...
Bennny pun puasa.. letih... huhuhuh puasa sejam je... 

Aksi budak kecik membuli Swiper... Swiper ni kucing yang aku jumpa kat sekolah Aniq.. alhamduillah semakin sihat.. tapi selsema dia memang tak boleh sembuh... Vet kata dia ada resdung.. sian Swiper... sekarang nie dia jadi teman bergurau benny.. seronok benny dapat kawan bergurau.. asik berlari kesana kemari.. bulu pun asik berterbangan.. huhhuhuh


2 comments:

Farah I. said...

Amin. Semoga perjalanan K Farid sekeluarga lancar pada bulan yg mulia ini.

Rozita Ceritaita said...

salam ramadhan dan slmt berpuasa idah..