.

Daisypath Anniversary tickers

Picture

Tuesday, March 3, 2015

Aduiii

Pening sekejap.. sejak beberapa minggu nie ada bunyi-bunyian yang menyakitkan telinga.. apa dia?? ahahahha aku RS20BRHS kesayangan mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan.. kejap- kejap tet tott tett tott.. ada masa senyap.. ada masa berbunyi tu tak henti-henti sampai aniq kata jangan-jangan ada tikus masuk dalam dan main tekan-tekan.. ahahahah tak logik la abang aniq oii kalau dia masuk dah beku dah.. yayah plak kata tak sempat tikus masuk dalam tu bang dah kena kejar ngan 3 bodyguard dalam rumah nie.. ahahah

Nie keadaan 5 taun lepas.. sekarang nie temp tu dua-dua dah tak boleh baca... pyan tanya kawan dia, kawan dia kata maybe board led dia rosak.. citer ngan kawan ofis, dia kata dia punya peti jenama samsung lepas 5 taun rosak... aduii jangan la rosak peti kesayangan.. kalau rosak sedih wooo 
Malas nak cari kedai dan risau buatnya antar kedai makin teruk jadinya ada baiknya aku call Samsung call center 1-800-726-7864.. kita serah pada yang pakar.. tak payah pening kepala.. Call beritau apa masalah dia kata akan antar juruteknik untuk check masalah sebenar.. masa aku call tu ari khamis.. dia tanya prefer ari apa? aku jawab sabtu sebab senang aku ngan pyan ada kat rumah.. aku kata kalau ari bekerja selepas pukul 6 la..asalnya dia kata 2-3 ari.. tapi dia cuba ari jummat.. ok lah
ari jumaat tu biasalah kalau dah pukul 4.30 + memang susah aku nak angkat call, sebab amik aniq.. amik neena pastu balik rumah.. boleh nak jadikan citer aku tak keluarkan langsung hp sampai le habis bateri, pastu esok pagi baru on, tengok ada misscall nak call baru pukul 7 pagi sekejap.. sekejap amik ko kul 12 call memang tak dapat la dia kata maybe ari isnin.. nanti dia call semula... 
Ari isnin aku tunggu takde call pun.. aku pun rileks la maybe tak boleh sekali pukul 4.45 gitu dia call, kebetulan hp kat luar handbag.. angkat dia kata on d way.. ada orang kat rumah tak? kebetulan pyan ada hal dia balik awal.. aku kata ok ada orang kat rumah.. aku pun masa tu dah amik aniq, call pyan cakap tech samsung on d way.. aku pun on d way nak balik tapi pikir dia lewat sket kot aku pun singgah pet shop dulu beli makanan budak bertiga dah nak abis.. makanan citam plak dah abis.. sian citam.. sampai rumah aku tutup pagar besar dan buka pagar kecik nak tunggu orang samsung tu datang sekali pyan keluar kata orang tu dah balik.. aku dah ha?? dah balik cepatnya?? rupanya pyan kata 10 min lepas aku call dia orang tu sampai.. wahh pantas... bayaran RM 95... sebab aku dah lama warranty dah tamat kena bayar kalau masih dalam warranty tak perlu bayar RM 95.. tu pun bayar RM 95 in case apa jadi dalam masa 3 bulan nie tak perlu bayar lagi RM 95 untuk check pape masalah.
ok masalah aku punya RS20BRHS kesayangan nie kecik je LED dia prob kena tukar yang baru dia kata dia order dalam 3-4 ari datang semula untuk tukar, untuk alat ganti tu kena bayar RM 120. ok la kalau ada yang kata mahal ke apa ke aku tak kisah janji kita serah pada yang pakar.. kalau kita bagi kat orang lain mungkin lagi murah kalau buatnya dia buat makin teruk atau tukar yang bukan sepatutnya.. kan lagi banyak hal.. huhuhuh ni tengah tunggu dia call untuk betulkan.. harap lepas nie takde la aku sakit telinga lagi.. RS20BRHS kesayangan duduk ngan aku lama lagi yea.. jangan buat hal... huuhhuhhuu

No comments: