.

Daisypath Anniversary tickers

Picture

Tuesday, June 30, 2015

Drama M.A.I.D


Ni antara koleksi novel yang aku ada, masa keluar novel ni tahun 2011 tak silap aku, aku ngan kawan-kawan ofis ngah kemaruk beli novel. Novel-novel ni asalnya baca di http://www.penulisan2u.my/.
Novel dia menarik. Masa tu belum trend drama yang adaptasi novel, aku ngan kawan aku sependapat kalau jadikan drama ni macam syok je... bila muncul drama adaptasi dari novel ni mula aku teringat dengan novel M.A.I.D nie sebab jalan cerita dia lain dari novel-novel yang ditulis oleh penulis baru.
Akhirnya tunggu punya tunggu muncul drama nie.. masa mula-mula dengar Ayda Jebat sebagai Noorul rasa macam eiii macam tak best je macam tak kena je.. bila dah mula drama tengok best plak ahahahah tulah jangan menilai sebelum tengok.. eheheh
Siri ni setiap hari Isnin-Jummat pukul 10.00 mlm di Astro Ria. Bukan layan setiap malam pun kalau larat aku layan la kalau tak larat tengok kemudian online atau boleh tengok hari ahad huhuuh 

No comments: