.

Daisypath Anniversary tickers

Picture

Tuesday, February 28, 2017

Gummy

Sejak bulan 1 haritu Si Gummy nampak kurang sihat.. sampailah dia tak selera makan 2 minggu lepas.. kena la aku menyuap makan.. bawa ke Vet .. Vet kata dia kena selsema sebab tu kurang selera.. selepas seminggu Vet suruh bawa semula kalau dia masih tiada selera makan.. Bila bawa semula Vet kata selsema dia dah takde Vet syak kidney prob.. aduhhh dah la memang masa mula-mula jumpa dia bawak checkup Vet kata border line kidney.. doa-doa la bukan.. tapi lepas buat blood test semua memang masalah kidney kena la makan ubat untuk mengurangkan level toksin dalam kidney dia selama 3 bulan dan kena buat blood test semula... seminggu selepas mula makan ubat tetiba dia terbaring asalnya dia berbunyi aku nak angkat dia mengeoww kuat sedangkan dia ni memang tak garang memang tak pernah la berbunyi kuat.. bila aku berjaya angkat masukkan dalam carrier dia terbaring dan mulut berbuih.. kalut sebab masih awal pagi.. aku plan nak balik kampung,.. sebab kan dia aku cancel.. cuba call kawan yang bekerja di Vet biasa aku pergi tak berangkat, panggil kat rumah tak menyahut.. last2 call Razeef.. alhamduillah Vet Doc Azlan buka awal kul 10.. bekejar la ke Shah Alam untuk rawatan.. Masa tiba sana Doc kata 50-50 memandangkan keadaan dia.. Alhamduillah Gummy kuat dia berjaya lepas fasa tu dah kembali pulih.. syukur sangat... sepanjang umur dia kena makan untuk kidney.. tapi bila dia bosan ada gak curik2 makanan kawan-kawan lain...

Masa warded sebelum buat blood test...
 Ubat yang gummy kena makan.. yg bulat kuning tu b-Complex 
Tido dalam bakul.. masa dah balik ni aku ada mandikan dia.. mandikan dia sambil nangis2 sebab kurus sangat...
 Masa dia tiba-tiba terbaring...
Gummy Harini dah sihat lepas 3 hari warded.. Vet drip air.. selera makan pun alhamduillah..
Ni masa bulan 4 taun lepas.. ngah sihat... bulu baru nak tumbuh cantik.. aku ngan pyan buat lion cut.. sebab masa dia dtg comot sungguh ngan minyak melekat kat bulu.. huhuhuh
harap kamu terus sihat ..

No comments: