.

Daisypath Anniversary tickers

Picture

Monday, April 17, 2017

Macam-macam

Tajuk je dah boleh agak macam-macam yang berlaku.. suka duka.. eeheh  Mula bulan ni orang yang jaga mak dah dihantar pulang.. pulang marilah pulang marilah pulang.. kerja dia ok tip top tapi handle masalah peribadi yang k.o.. masa mintak cuti sebulan beria kata nak selesaikan urusan dia ngan suami serta anak dia.. sekali balik sini.. tettt ngadung.. camne nak angkat mak.. kalau dah berbadan dua.. silalah pulang.. sementara ni edot jaga.. kalau edot takde upah org homecare..
alhamduillah along pun dah pindah semula muar.. dekat sikit perjalanan balik ke kampung menjenguk mak.. huhuhuh tu cerita awal bulan
 Bye Etty terima kasih jaga makcik kamisah... 

Minggu lepas JKC kemalangan lagi.. bukan salah aku.. sedang aku memandu di lorong kiri, tetiba ada teksi dari lorong kanan menukar haluan, aku dah hon, dia tetap cuba nak masuk simpang kiri dan akhirnyaaa tettttttt kena sebelah kanan belakang.. turun keta dia salahkan aku
aikkk mau aku nak ngaku salah memang salah dia.. ajak gie balai.. mula-mula ok sekejap lepas tu nak settle tepi tapi dia suruh aku bayar kereta dia.. dia tak nak bayar keta aku.. dia kata aku salah... last gie buat report polis dia kena saman.. sebab salah dia. disebabkan kejadian ni baru aku tau kalau kita kemalangan ngan kenderaan awam walau salah dia.. kita tak boleh claim insurans dia.. bawak kat perodua.. budak tu cadangkan tuntut kat pemandu atau syarikat dia.. nanti dia boleh claim insurans kelompok atau masuk bengkel panel dia.. huhuh pikir-pikir dah alang-alang NCD kosong akibat kemalangan ujung taun lepas aku claim insurans keta sendiri je la.. huhuh buatnya aku ikut panel dia berbulan keta aku tak siap camne nak bergerak.. kalau kat perodua budak perodua ni janji sekejap aje.. huhuh nasib la JKC lagi sekali kena masuk bengkel...
Pintu kemek sikit.. fender kemik kena ketuk n cat semula.. rim rosak sikit.. alhamduillah keta masih boleh berjalan.. kalau ikutkan boleh je tak masuk bengkel betulkan  tapi sakit mata la plak tambahan sakit ati ngan org yg langgar tu
Keta dia kemek n pintu susah nak buka... keta dia lepas langgar aku berpusing dan melintang tengah jalan..
Dia asik salahkan aku dia kata aku salah langgar dia.. masalahnya aku kat lane kiri dia lane kanan.. dia yang tukar lane sebab nak masuk simpang kiri.. bila dia asik salahkan aku.. aku tanya 1 soalan je kat dia.. awak nampak tak kereta saya?? dia tak jawab pastu masih salahkan aku, dia kata aku langgar dia.. aku tanya lagi sekarang jawab soalan saya.. nampak saya? dia kata nampak masa jauh kat belakang dan awak laju.. aku jawab ehh saya kat lane kiri mana laju awak yang tak nampak saya.. sekarang ni awak dah tau awak nak masuk kiri kenapa tak duduk lane kiri? dia putar ayat plak kata dia dah bagi signal.. memang aku nampak dia signal.. signal saat akhir dan terus masuk kiri.. susur kiri tu memang banyak kereta yang signal dan masuk saat akhir.. pernah aku terserempak ngan trailer masuk kiri saat akhir dari lane kanan.. yg terlepas simpang undur pun ada kat susur tu macam la depan sikit tak boleh u-turn.
Aku amik salinan laporan polis.. huhh buat tambah sakit ati aku.. ada dia kata dia kat lane kiri tetiba aku langgar dia.. padahal dia lane kanan aku lane kiri.. masa jumpa sarjan tu dan sarjan tengok gambar kerosakan kereta dan cerita aku sarjan tu kata mesti dia ingat awak dah lepas tu yg dia terus nak masuk simpang je .. silap percaturan..

3 comments:

mamapp said...

Ida.. semoga ko Dan keluarga sentiasa dilindungi Allah

Aqeef Aniq said...

Amin.. tq atas doa

nini said...

Haih....kalau bukan salah kita tapi asyik kena tuduh..sakit juga hati ni dibuatnya