.

Daisypath Anniversary tickers

Picture

Monday, July 30, 2012

Ulat bergerak

Ulat bergerak?? mesti boleh bayangkan camne ulat bergerak.. eiiii aku memang geli nampak ulat bergerak terutama ulat sampah.. tapi bukan nak cerita pasal ulat yang tu tapi ulat kecik aku nie... untuk umur 100 ari.. adik aqmar dah jadi ulat... ahahhahaha ulat yang comel...adik dah bergerak ke depan.. serius wei terkejut aku.. adik memang dah boleh mengiring sejak dalam ari lagi.. masa 2 bulan boleh la meniarap sekali sekala.. tu pun pada aku sebab kebetulan kena permukaan tak rata jadi mudah la tuk adik berpusing...sekali jumaat malam sabtu aritu adik tunjuk skill yang dia dah boleh bergerak kedepan dah macam ulat aku tengok... dengan gigihnya dia berlatih ari sabtu tengok dia bertarik dengan berpaut pada cadar.. pastu nampak dia gunakan siku ngan lutut dia tuk bergerak.. ada masa siap angkat2 montot lagi... dah 1 hal tak boleh tinggal bila dia berjaga sebab risau tertumus n lemas... 
Gambar adik setelah keletihan berlatih.. akhirnya tertido sendiri... geram je tengok tangan dia tu kan rasa nak gigit-gigit...
Sempat snap video dia bergerak ada kat sini adik bergerak huhuhuh patut la mbak kata adik lasak.. rupanya ini kerja kamu yea kat rumah mbak... Alhamduillah buat la apa pun adik janji adik membesar dengan sihat.

Sambil tu nak gak bercerita... Benny dah selamat disunatkan.. sian kamu Ben.. tapi nak buat camne demi kebaikan kamu... huhuhu 

Budak kantoi masuk dalam box abang aniq diam-diam masa lepas aniq keluarkan semua mainan dia.. budak bulu nie memang pantang lagilah sekarang takde kawan.. Ticco dipinjam oleh abang uda aku.. huhuhuu apalagi ikut la aku atau aniq kemana pergi.. pastu meow-meow ajak bermain...

2 comments:

Rozita Ceritaita said...

adik dah makin besar ida.. lagi besar dari anak aku.. huhu... semangatnya dia...

best kan ada anak ramai...?

Aqeef Aniq said...

tulah adik nie berisi n tinggi ita.. kalau tengok dia cam tak caya baru 3 bulan.. ngan badan pejal dia.. huhuh