Sekejap aje dah ari ke 19 kita berpuasa.. ramadhan kali penuh dengan dugaan buat aku... bermula dengan kes Abang aniq.. sampai ke adik.. batuk dan selsema adik masih tak ok sampai kena demam panas sabtu malam ahad aritu... demam berjaya dikurangkan sebelum ke hospital ngan jaram kepala dan lap badan adik berkali-kali.. yang buat kami berkejar ke hospital sebab adik susah bernafas... tiba kat hospital seperti dijangka adik kena amik neb lagi.. kali nie kena 3 ari berturut-turut.. 2 kali sehari... bermula la episod cuti aku.. eheheh anak kecik cuti kecemasan menjadi perkara biasa.. kalau tak caya tanya mana-mana ibu yang ada anak kecik.. arapnya adik punya batuk n selsema tak melarat membawa ke asthma macam abang...
Kat hospital ramainya baby n kanak-kanak yang sakit.. begitu la bila musim jerebu melanda. sian budak-budak yang menjadi mangsa...jumaat nie kalau adik tak ok jugak kena la bawak adik jumpa pead terus.. sian adik...arap ulat ibu nie cepat sembuh....


No comments:
Post a Comment