Rasanya belum terlewat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf diatas salah & silap.. Halalkan makan dan minum...Semoga Ramadhan & Syawal kali nie bermakna untuk korang...
Syawal kali nie kami sambut ala kadar.. sebab 5 ari lagi nak raya adik dimasukkan hospital rentetan selsema & batuk yang tak kebah-kebah..kahak penuh kat dada.. sian adik nak bernafas pun susah sampai biru bibir.. tanda kurang oksigen dan wheezing yang teruk.. Bila dah 3 kali refer An-Nur adik masih macam tu kebetulan pergi rumah uda ujung minggu.. Uda dah bising-bising suruh refer ke Dr. Vernon, Dr abang dulu..abang dulu serasi dengan ubat Dr Vernon, kes yang sama kahak kat dada.. dah 2 kali warded di An-Nur tapi still tak ok, bila bawak ke Dr. Vernon kena warded dan selepas tu alhamduillah beransur ok sampai la sekarang.. mudah2an adik pun serasi dengan Dr nie juga.. abang last warded post ini cuma condition adik wheezing yang agak teruk.. abang dulu wheezing gak tapi selepas 2 ari ok dah.. adik wheezing on/off dan disebabkan tu ibu jadi nurse lagi.. huhuuh mujur boleh sambung cuti raya dan cuti ibu banyak lagi kalau tak jadi kes yang sama macam abang terpaksa amik cuti 1/2 gaji. Takpe la adik apapun ibu sanggup buat n berhabis janji adik sihat...
Adik yang lasak.. abis ditendangnya kain penghalang.. terkeluar kaki kat tepi..pastu kain pembalut yang tak berapa kali kena mintak nurse betulkan...
Bermula la episod amik nab kat rumah 3 kali sehari... Amik inhaler.. ubat-ubatan... mujur dah ada pengalaman abang dulu.. kalau tak mau kalut jugak.. adik amik ubat memang susah berbanding abang.. abang dulu ok je makan ubat.. adik nampak ok.. tapi dia sanggup simpan lama-lama dalam mulut.. bila kita agak dia dah telan diluahkan semuanya.. huhuh cabaran sungguh nak bagi makan ubat anak dara ibu nie... amik nab plak ikut mood.. mood ok dia diam la.. mood tak ok melalak bagai nak rak.. kalau kat rumah takde la semencabar mana cuma bila amik nab kat kampung ramai mak2 sedara n atok yang kesian... suruh berhenti la.. yang cakap sudah2 la .. padahal demi kebaikan adik kalau tak macam mana adik nak senang..selepas seminggu raya alhamduillah nampak perubahan adik bibir dah merah.. dan badan kembali naik.. kalau tak baju yang ketat dilengan masa sebelum sakit tu nampak longgar.. sian adik.. bagusnya adik dia senang muntah kejap-kejap dah muntah lendir.. dan masa kat hospital banyak gak lendir yang disedut.. kata Dr Vernon "huhhh see jerebu yang my baby sedut". Sian adik dan budak-budak sekarang terpaksa menjadi mangsa jerebu.. berapa ramai budak-budak yang sakit bila cuaca berjerebu.
Apa yang aku nampak anak-anak aku paru-paru kurang kuat.. sebab tu bila umur camni derang kena bronchiolitis nie, Aniq masa lebih kurang umur Aqmar post ini pun mempunyai simptom yang sama.... bila Aniq & Aqmar mula meleleh air liur..dan pandai meniarap derang kena selsema & batuk akan menyebabkan derang wheezing dan akhirnya kena warded... kebetulan sama kes jugak abang aniq dulu 4-5 ari sebelum raya.. alahai anak-anak ibu.. semoga sihat-sihat selalu yea...
Ari ke 12 syawal plak aku dikejutkan dengan berita adik angkat aku di JB meninggal dunia.. arwah berusia 25 tahun.. meninggal sebab TIBI yang kritikal. Masa raya aritu sempat aku gie melawat arwah, dia dimasukkan ke ICU seminggu sebelum raya tu..masa tengok dia tu tak sangka yang arwah akan pergi selama-lamanya.. masa di ICU pun aku ngan pyan tak dapat jumpa dia sebab dia diletakkan dalam bilik khas di ICU... Semoga roh nya dicucuri rahmat. Aku kenal arwah sejak dia di zaman sekolah.. family dia adalah family angkat aku dan pyan...terasa sungguh kehilangan.. dan terasa sedih sungguh bila jumpa mak n abah serta adik-adik yang lain.. bertambah sebak bila jumpa abah.. abah menitiskan air mata dan berkata.. "Li, adik dah takde li".. uwaaa masa tu Allah saje yang tau perasaan aku... kelu tak terkata tak tau macam mana aku nak menenangkan abah dan adik-adik...
Ramdhan & Syawal 1433 kali ini begitu penuh cabaran & dugaan buat aku...


1 comment:
farissa sama jeks kak.. tp tak sampai wheezing la tp mcm sentiasa lah batuk tak baik2.. huhuhu... I doakan aneeq ngan akma sentiasa sihat ya.. selamat hari raya! :)
Post a Comment