.

Daisypath Anniversary tickers

Picture

Monday, July 8, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Lagi 2 hari bulan Ramdhan bakal menjelma... semoga berkesempatan bertemu Ramadhan kali nie dan seterusnya... bulan penuh dengan kenikmatan & penuh ganjaran... sebelum bertemu ramadhan kali ini aku menerima pelbagai berita kehilangan... berapa minggu yang lepas junior masa sekolah kehilangan suami tercinta  junior ni tengah sarat mengadung...  semalam dapat berita kawan ofis lama kehilangan ayah tercinta, ari jumaat berita kehilangan isteri kawan baik zaman sekolah menengah.. bukan saje kehilangan isteri tercinta, kehilangan juga anak didalam kandungan isteri.. berat sungguh ujian bagimu wahai sahabat.. tapi sesungguhnya kamu insan terpilih untuk menempuh dugaan ini. Pernah kehilangan ibu, bapa & adik beradik serentak pada suatu masa dan kini kehilangan isteri bersama anak yang dikandung 5 bulan Allahuakbar... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Tabah & sabar mengharungi hidup demi anak-anak yang masih memerlukan kasih & sayang...
Bercerita tentang kehilangan.. aritu aku dengan rakan opis ada la bercerita serba sedikit tentang kehilangan..berkongsi cerita tentang kehilangan.. insan-insan tersayang.. dan bercerita tentang kehilangan anak yang di kandung... Insha Allah anak itu bakal menarik kita ke syurga.. rakan pun bercerita tentang anak yang bakal menarik kita ke syurga..  kita kena menamakan & membuat aqiqah untuk dia.. sebelum nie yang aku tau kalau anak dah cukup sifat aje yang perlu kita namakan & aqiqah,  rupanya seawal 2 minggu baby dalam kandungan  kita kena namakan & aqiqah. kalau jantina tak tahu.. kita boleh namakan dia dengan nama yang boleh untuk kedua-dua jantina...Insha Allah dia akan menarik kita ke syurga.. Ilmu baru bagi aku.
Hikmah disebalik kehilangan.. ganjaran yang bakal diterima dengan ujian yang diberikan.. Sebab tu kita kena redha dengan Qada' dan QadarNYA.. tapi seperti yang orang selalu kata, senang diucap tapi bagi yang mengalaminya pahit untuk menerima & menelannya....

Andai semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKATlah penawarnya
Andai seluruh UMUR adalah DOSA, maka TAQWA dan TAUBAT adalah ubatnya
Andai semua BULAN adalah NODA, maka RAMADHAN adalah pembersihnya

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak...  Selamat menjalani Ibadah Puasa & Solat Sunat Tarawih

3 comments:

Umi Aida said...

thanx for sharing the info.. kaida pn baru tahu.. terima kasih skali lg..

Aqeef Aniq said...

Tulah kak aida saya pun baru tau member nie.. member dia kerja kat jabatan agama islam beritau..

ShopaholicBlinx said...

selamat berpuasa kak laili...
rindunye ngan akak!!!!!!!!!!!