.

Daisypath Anniversary tickers

Picture

Monday, July 22, 2013

Sudah.. sudah lah

Tajuk pun dah ada sedikit emo... kesan dari baca online BH tadi.. tajuk dia 'Saya belum sedia beri kenyataan' sudah-sudah la menggangu.. tau la perlukan bahan untuk berita tapi faham la situasi mak budak tu.. baru kehilangan anak nak suruh bagi kenyataan.. kenyataan apa lagi yang nak.. sudahlah bakal di dakwa atas kecuaian.. lepas tu belum lagi yang di FB dan kat mana-mana nak mencemuh mak budak nie.. bukan la mak dia nie sengaja.. kalau mak dia dera tinggal dalam kereta memang sah la aku pun geram.. nie memang dia tak sengaja.. pada aku tak perlu dihukum dia sedia terhukum.. sebab pedih akibat kehilangan anak pun dah teruk lagi la kalau disebabkan diri dia sendiri.. rasanya dah cukup sakit & perit  untuk terima.. Jangan mencemuh & menyalahkan mak budak nie.. dah takdir nya memang nak terkena kita tidak boleh lari...
contohnya kalau selama nie kita memang jaga beg tangan tak letak atas seat sebelah kita(untuk yang memandu sendiri) kebetulan nak kena masa tu kita cuai letakkan beg atas seat sebelah.. dan masa kecuaian kita tulah orang pecahkan cermin kita masa berhenti dan bawak lari beg tu.. so kalau kena gitu macam mana yea?? sentiasalah bersangka baik dan tidak mencari kesalahan orang lain.. sekian.. nie aku amik sikit berita yang aku baca... sian mak dia kalau dia sengaja nak tinggalkan anak dia dalam kereta kenapa perlu dia sedih bila dah jadi gini...

Ibu mangsa lemas dalam kereta masih tertekan, murung ekoran insiden

Kuala Lumpur: “Saya tertekan dan belum bersedia untuk beri kenyataan berhubung kejadian yang menimpa arwah anak saya,” kata ibu kanak-kanak, Nawal Iris, tiga tahun, yang ditemui lemas dalam kereta miliknya di sini, Khamis lalu. 

Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, ketika dihubungi BH, di sini semalam dalam nada lemah meminta semua pihak memahami situasi itu serta memberi ruang kepadanya yang baru kehilangan anak bongsu beberapa hari lalu. 
“Maaf, saya belum bersedia, tertekan dan situasi sekarang belum sesuai untuk cerita apa-apa. Sekarang masa tidak sesuai, ada ramai tetamu di rumah tidak putus-putus berkunjung sejak kejadian itu,” jelas guru sebuah sekolah menengah di USJ4, Subang, di sini. 


Nor Zatusy kemudian menyerahkan sambungan perbualan menerusi telefon itu kepada adiknya yang hanya memperkenalkan diri sebagai Tini. 

Tini berkata, emosi kakaknya terganggu dan mengalami kemurungan selepas peristiwa menyayat hati itu. 

“Tiga hari sebelum kejadian, saya menemani kakak (Nor Zatusy) di rumahnya kerana suaminya ada tugasan luar di Pulau Pinang. Kedua-dua anak kakak saya termasuk arwah Nawal Iris tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti biasa. 

1 comment:

Rozita Ceritaita said...

kesian dia... semoga Allah kuatkan hatinya menghadapi dugaan ni.. mmg susah nak terima kenyataan "seperti membunuh anak sendiri" tentu sedih tak terhingga...