.

Daisypath Anniversary tickers

Picture

Tuesday, December 22, 2015

Kehilangan....

Kucing ni anis jumpa masa anis singgah kedai di Seri Iskandar, Perak. Kami bagi nama dia Pororo. Masa selamatkan dia nie ingat luka biasa rupanya kena jangkitan sporotrichosis atau ringkasnya Sporo.. Masa anis bawa ke klinik Vet sahkan Sporo, aku mintak tolong Razeef untuk jaga... Disebabkan aku dah kehabisan cuti, anis dan kawan-kawan dia pulak penuh ngan kelas.. Pororo ni anis sempat hantar pada hari Jumaat 18 aribulan, sementara dari Isnin-Jumaat tu kawan anis tolong jaga. Tapi hajat kami tak kesampaian, sebelum anis bawak naik kereta dia dah tak larat untuk bangun, anis dah nangis-nangis beritau Proro dah tak larat, aku beritau Anis takpe la kita usahakan apa yang boleh, dia mati dalam perjalanan dah hampir tiba klinik.. mungkin juga ditambahkan stress dalam perjalanan Seri Iskandar - Seri Kembangan. Kenapa tak bawa ke Vet  berdekatan? huhuhu biarlah aku, anis dan kawan-kawan simpan apa yang terjadi. Macam ni lah nasib kami kawan-kawan dalam membela nasib haiwan jalanan. Apapun kami dah buat yang terbaik untuk kamu Pororo, setidaknya kamu dapat makan & penjagaan yang sewajarnya sebelum kamu menutup mata... :( :(
Pororo ini merupakan kucing yang dibela tetapi dibiarkan atau dibuang dijalanan....tak tahulah sebab dia nakal atau sakit dia diabaikan...:( :(
Klik jika ingin tahu berkenaan sporotrichosis
 Kaedaan Pororo sebelum diselamatkan...

 Nielah kaedaan dia setibanya di klinik di Seri Kembangan... sob sob sob.. maafkan kami Pororo...

Malam tu juga kami kena tanam jasad Pororo disebabkan penyakit dia ni kami kena uruskan segera dan handle dengan betul mengelakkan jangkitan. Sporo bukan sahaja boleh berjangkit sesama haiwan, tetapi kepada manusia juga. 
Jika kita mengambil tanggungjawab untuk menjaga haiwan peliharaan, pikullah tanggungjawab itu sehingga haiwan tu menutup mata, jangan apabila dia nakal atau sakit kita buang dia.
Dengan kos hidup yang meningkat, haiwan juga terkesan sama, tapi janganlah kita ambil jalan mudah untuk melepaskan tanggungjawab kerana mereka juga inginkan kehidupan.......

No comments: