Masa tu laju je tangan ambil gambar selepas tu mesej sorang kakak ni.. Nama kakak tu Nori... aku mesej tanya dia berminat nak adopt kucing tapi umur dah nak setahun.. aku sertakan gambar ni...
Kakak Nori terus berminat untuk ambil.. aku minta dia amik 2 ekor supaya dia ada kawan.. Kak Nori setuju untuk amik hari ini.. Pagi ni aku ngan Pyan jumpa Kak Nori kat Dengkil untuk bagi keduanya..
Aniq?? mula-mula dia tak bagi tapi setelah aku slow talk ngan dia dan ingatkan pada awalnya memang kita nak carikan dia family baru yang boleh jaga.. baru dia setuju dan redho..
Aku pun berbelah bagi bila dah janji ngan Kak Nori terasa tak jadi nak bagi.. tapi aku dah janji lagipun Kak Nori nak untuk bagi kat anak-anak dia yang nangis nakkan kucing.. Kesian ngan anak-anak Kak Nori aku pun dengan berat hati lepaskan mereka..Apapun aku harap Puteh & Stokin bahagia dengan tuan barunya... Kakak tu dah siap belikan makanan yang sama macam aku beri kat rumah.. nampak kesungguhannya disitu.. Harap kamu bahagia selama tinggal ngan ibu.. dan bahagia dengan tuan baru.. huaaa banjir ...Hanya Allah yang tau perasaan ini...
Kamu berdua jangan nakal-nakal yea... sob sob sob...





No comments:
Post a Comment